18 May 2010

Buat BONDA tercinta..





Selamat Hari Lahir BONDA

Hidup ini terlengkap dengan hadirmu

Terima kasih Allah yang mendatangkan Ibu

Kufikir ia tanda kasih-Nya yang mendodoi kalbu

Sukar kutafsirkan tetapi itulah yang berlaku

Kulihat kau amat sederhana ibu

Nasihat-nasihatmu memanah jiwaku

Kadangkala berjejesan air mata membaca bicaramu

Terasa terjaga dari lena alpa dengan suaramu

Hari ini hari lahirmu

Di pagi negeriku berdoa

Agar Allah sentiasa melimpahkan kasih-Nya tak kunjung putus

Buatmu ibu yang berhati mulus

Orang lain sibuk dengan dunianya

Tetapi aku hanya mengingati ini tarikh lahirmu

Dengan tembakan-tembakan doa

Aku sujud kepada Tuhan

Yang memberikanku dikau wahai ibu

Selamat hari lahir

Semoga Allah mencintaimu

Melebihi luas cintaku

Kepadamu wahai ibu

06 May 2010

ANTARA SABAR DAN MENGELUH

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi menunaikan haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.

"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu, tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan, lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?"

Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"

Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"

Lalu disuruh adiknya berbaring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena pada badannya sehingga habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"

Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeza. Adapun sabar dengan memperbaiki yang zahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti iaitu sia-sia belaka."

Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap yang terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah , di dalam sebuah hadith Qudsi,:
" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:
" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."

Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)

Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah. Wallahua’lam.

11 April 2010

Kasih pudar tanpa agama


Kasih pudar tanpa agama ALAM perkahwinan adalah fitrah semula jadi manusia, menjadi impian semua orang. Melaluinya akan terbentuk institusi keluarga dan melahirkan zuriat yang dapat meneruskan keturunan manusia. Dalam Islam perkahwinan satu tuntutan yang perlu dipenuhi. Sebelum ke gerbang perkahwinan, aspek pemilihan jodoh perlu diberi perhatian kerana kesilapan membuat pilihan mengakibatkan masalah kemudian hari. Senario masa kini mendapati kebanyakan anak muda lebih gemar memilih faktor keluarga, harta benda, kecantikan dan pangkat untuk mengikat tali percintaan dan membina gerbang perkahwinan. Secara fizikal, kriteria pemilihan jodoh tiada cacat celanya, tetapi apabila ia dijadikan keutamaan sehingga agama diketepikan, maka ia satu kesilapan besar kerana boleh menyebabkan kemanisan alam perkahwinan menjadi pudar dan akhirnya berlaku perpisahan. Pakar motivasi, Ahmad Shukri Yusof, berkata kesilapan besar bagi pasangan yang ingin berkahwin tidak meletakkan agama sebagai keutamaan dalam membuat pilihan jodoh mereka. Menurutnya, kesilapan itu juga mengakibatkan hubungan suami isteri tidak bertahan lama, malah berlaku pelbagai kejadian tidak diingini. “Kriteria Nabi Muhammad s.a.w sebut walaupun sudah lama, ia masih relevan. Agama perlu menjadi asas memilih jodoh supaya perkahwinan dan kebahgiaan yang dibina bertahan hingga ke penghujung nyawa. “Jika betul-betul berasaskan kriteria yang disebut nabi, tiada timbul pelbagai perasaan dalam alam rumah tangga, seperti ragu-ragu atau takut tidak berasas,” katanya. Islam menggariskan beberapa panduan kepada umatnya memilih jodoh, seperti mengutamakan lelaki atau wanita beragama dan berakhlak, sebagaimana sabda nabi bermaksud: “Apabila datang kepada kamu seorang yang kamu puas hati dari sudut agama dan akhlaknya, maka kamu kahwinkan anak kamu dengannya segera. Jika kamu tidak berbuat demikian, nescaya timbul fitnah di muka bumi ini dan kerosakan yang akan ditempuhnya nanti.” (Riwayat Abu Hurairah) Umat Islam juga perlu mengelak memilih jodoh dari kalangan lelaki atau wanita fasik. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Sesiapa yang mengahwinkan anak perempuannya dengan lelaki fasik maka sebenarnya dia telah memutuskan silaturahim dengan anaknya.” Selain itu, kita dianjurkan memilih jodoh dari kalangan yang sihat, bebas dari penyakit yang dibimbangi mengganggu tugas sebagai suami atau isteri. Pasangan itu pula biarlah sepadan bagi mengelak keaiban pada beberapa perkara tertentu dan untuk mencapai persamaan dalam bidang sosial, sekali gus menjamin kesejahteraan hidup suami isteri, tanpa ada yang berkecil hati atau rendah diri. Walaupun aspek itu bukannya syarat sah perkahwinan dan tidak dipersoalkan ketika majlis ijab dan kabul, namun ia mempunyai pengaruh besar terhadap hubungan suami isteri. Ahmad Shukri turut mengingatkan anak muda supaya tidak mudah terpedaya dengan istilah cinta, seperti cinta pandang pertama kerana ia tidak boleh dijadikan asas dalam memilih jodoh. “Cinta hanya sementara, malah cinta itu buta. Jika cinta tidak berteraskan anjuran agama, ia boleh pudar sedangkan mahligai yang mahu dibina seboleh-bolehnya berpanjangan,” katanya. Beliau berkata, golongan muda perlu menilai dan memahami perkara ini supaya cinta yang selalunya bersemi sebelum perkahwinan tidak menjerat diri pada kemudian hari. “Tidak sukar memilih pasangan mengikut garis panduan terbabit. “Pelbagai cara boleh dilakukan untuk menentukan calon pasangan anda beragama dan berakhlak seperti bertanya orang lain termasuk saudara, kawan, malah melihat tindak tanduknya. “Ini bukan bermakna Islam menolak calon berharta, berkedudukan dan cantik malah ciri ini juga penting kerana sudah menjadi sifat semulajadi manusia suka kepada kecantikan. “Cuma, apa yang penting dahulukan agama. Jika sudah beragama, cantik dan kaya raya, itu tentu pilihan yang baik,” katanya.
Selamat membaca....:)

16 March 2010

MUSLIMAH DAN GAMBAR, ADA APA DENGANNYA??



Kali ini KEMBARA terpanggil tuk mencoretkan tentang muslimah dan gambar kpd sahabat2 KEMBARA..hati tergerak utk berkongsi ngn suma Shbt betapa mulianya seorg wanita di dlm Islam..artikel kali ni KEMBARA ambil drpd shbt KEMBARA..terasa seperti terkena pd dri sendIri dlm soal ini…jd marilah sama2 kita renungkan dan perhatikan tuk dijadikan sbg peringatan bt diri kita yg sering lupa dan marilah sama2 kita bermuhasabah diri kita.

Tidaklah tujuan saya utk mengaibkan insan yg bernama wanita krn saya juga seorg wanita..wanita yg sentiasa inginkan dan mendambakan keredhaanNYA di setiap perkara yg dibuat. Seperti kalian yg bergelar wanita juga..yg inginkan keredhaanNYA..sy juga adalah rakan kamu, shabat kamu yg enggan melihat wajah2 anda itu..dipaparkan sewenang2nya kpd org. biarpun wajah bkn aurat m’ikut sesetgh mzhb, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dri pandangan umum?MUSLIMAHKU, dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari satu weblog..mungkin berjuta2 org yg melihatnya setiap hari.
Dikalangan mrk ada yg bagus, yg menundukkan pndgn selaras firman ALLAH dlm surah AN-NUR yg bermaksud : ” katakanlah (wahai Muhammad) kpd org2 lelaki yg beriman supaya mrk menyekat pndngn mrk (drpd memandang yg haram), dan memelihara kehormatan mrk. Yg demikian itu lbh suci bg mrk ; sesungguhnya ALLAH amat mendalam pengetahuannya ttg apa yg mrk kerjakan. ”

Namun kita harus akui ,bhw dikalangan jutaan org itu ,ada yg hatinya sakit..ada yg jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah2 kamu biarpun kamu bertudung litup. MUSLIMAHKU, kalau kita lihat dunia gambar bkn main maju sekarang ni. Dulu, hanya kamera yg perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga boleh menjadi kamera kedua bg kita. Kamera pula lbh dhsyat lbh instant, sesegera mee segera yg sama kerosakan yg dibawanya…penyakit hati.
Alangkah malangnya, jika wajah2 anda yg terpamer itu mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yg beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yg sakit jiwanya akan mula mengganggu anda, mula memburu anda dgn SMS, telefon hatta mungkin mendekati anda dgn tujuan memiliki anda…begitulah sikap si lelaki sebagaimana yg kita sume para wanita tahu…
Hanya krn 1 kesilapan yg mungkin anda x terniat, wajah anda terpampang besar di internet! Gambar adalah bygn reality, namun mungkin juga mnjadi fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pd fantasi photoshop, fireworks, magicphoto dan bermacam2 jenis pgrm pengedit gambar lagi. Jika itu mmg tujuan anda, bersedialah utk risikonya. Tetapi jika niat anda hanya sekadar ingin berkongsi bersama shbt yg lain dgn tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran sy berhati2lah!

PENYELESAIANNYA

Hanya anda shj yg mampu menyelesaikannya, bkn org lain. Diri anda, andalah yg harus menjaganya, apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bknkah kehendak syariat dan ingin menutup pndgn org kpdmu? Maka, soalan sy..menundukkan pndngn bkn khndk syriatkah? Krn weblog2 dan web foto itu milik anda, seharusnya anda cuba utk mengecilkan gmbr tersebut sehabis mgkin agar x menjadi tarikan kpd si lelaki.
Byk cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gmbar. Belajarlah drpd pihak yg mengetahuiny. Hindarilah dri aksi2 dan posing2 yg krg enak dilihat yg hanya akn menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dgn rakan muslimah lakukanlh secara tertutup. Elakkan posting yg blh dilihat oleh segala mcm jenis org. jika lbh mudah, anda kirim shj email bergmbar pd rakan muslimah anda itu. Ingat ! WAJAH ANDA ANUGERAH ALLAH..

Anugerah ALLAH itu hanya layak dilihat berkali2 oleh yg layak shj…
WANITA SOLEHAH, itulah sebaik2 hiasan…SELAMAT BERMUJAHADAH

15 March 2010

TARAF KEIKHLASAN


ADAKAH AKU IKHLAS??

Kita semua maklum bahawa keikhlasan itu menjadi pra-syarat untuk apa-apa amalan kita diterima oleh Allah swt. Kerana kita inginkan amalan kitalah yang bakal menjelma sebagai makhluk yang indah bila kita di dalam alam barzakh nanti, kita berharap agar amalan kitalah yang dapat membela kita pada hari pembalasan kelak.

Sudah tentu, niat pada permulaan kita membuat sesuatu, hinggalah ke akhirnya perlulah hanya kerana Allah semata-mata. Tidak kira amalan itu menyentuh perkara peribadi mahupun dalam kehidupan berdakwah. Namun, ibarat kita hendak mengenal samada kita sudah terkena penyakit 'chicken pox' dsbnya, ada tanda-tanda yang dapat menolong kita memastikan adakah benar kita ini ikhlas.

Antaranya :-

1. Kita takutkan sanjungan dan pujian manusia.

2. Kita tidak berasa hati apabila usaha dikritik oleh manusia.

3. Kita tidak berasa bangga bila dipuji.

4. Kita sentiasa menganggap diri cuai dalam ibadah akibat sikap taajub akan diri sendiri.

5. Tidak malas, lembab dan ketinggalan dalam kesusahan.

6. Tidak jemu dalam berusaha mengajak orang kepada Islam.

7. Tidak menjauhkan diri dari jemaah walau dicaci manusia.

8. Di dalam organisasi/jemaah, tidak teringin menjadi ketua tetapi tetap bekerja dan menyumbang.

9. Menjadi pemimpin atau pengikut, mana satu tidak menjadi hal.

10. Tidak marah malah gembira, bila muncul seorang yang baru menjadi ketua (namun bukan bermaksud tanggungjawabnya sendiri berkurang, kerana amanah bukan dari manusia tetapi dari Allah)

Begitulah antara perkara-perkara yang perlu kita perhatikan. Ini hanyalah panduan sahaja sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan amalan diri kita sendiri bersih dari sifat ria', taajub, takabbur dan seumpamanya. Pekerjaan yang zahirnya baik, tetapi jika diselimuti oleh segala sifat yang batil tersebut, maka sia-sialah di sisi Allah swt. Hatta mereka yang berperang di saff hadapan dan mati di medan peperangan. Walau bagaimanapun, atas kelemahan manusia, tidak layak sebenarnya untuk menilai atau menghukum orang lain ikhlas ataupun tidak.

Dalam satu kata-kata ulamak, ada ulamak yang mengatakan untuk membayangkan ikhlasnya seseorang itu seperti seekor semut yang hitam yang berjalan diatas batu yang hitam pada waktu malam ( yg pekat legam ). Betapa besarnya hati manusia itu, apa bila merasakan hatinya itu ikhlas terhadap Allah ta'ala.

Perlu diingatkan juga, dalam satu hadith nabi.. telah berkata " 3 golongan yang tidak diterima allah ta'ala untuk masuk ke syurga, kemudian ditanya kepada nabi apakah golongan itu, maka nabi menjawab 1. Orang-orang kaya menginfaqkan ( sedekah ) sebahagian hartanya di jalan allah, tetapi tidak ikhlas. 2. Orang-orang yang berjihad di jalan allah, mahupun perang atau sebagainya. 3. Orang-orang alim ulamak yang menyampaikan ilmu itu tetapi tidak ikhlas kerana Allah ta'ala"

Jadi sahabat dan sohabiat yang dirahamtilah allah sekalian dapat kita renungkan betapa besar ikhlas tu perlu wujud pada hati masing. Syaitan sentias merasuk diri anda supaya mengkianati Allah ta'ala. oleh itu sentiasalah menyucikan jiwa anda dari perasaan hasad dan dengki serta riak yang membinasakan diri kita di akhirat kelak.

Kita hanya boleh melihat yang zahir sahaja. Allah swt yang Maha Mengetahui dan hanya Allah swt sahajalah yang berhak membalas segala amalan. Samada amalan yang baik atau sebaliknya.

Sama-samalah kita berdoa:

Wahai Tuhan kami!
Perbaikilah hati kami,
hapuskanlah cacat cela kami,
pimpinlah kami ke arah kebaikan,
hiasilah kami dengan taqwa,
kurniakanlah kepada kami
taat setia kepadaMu
sepanjang hidup kami.
Tuhan kami! Jadilah kami ikhlas kepadaMu,
syukur kepadaMu,
bertawakkal kepadaMu,
taubat kepadaMu,
khusyuk kepadaMu.
Wahai Tuhan kami!
Sesungguhnya kami mohon kepadaMu
ketetapan di dalam urusan ini
keazaman di dalam hidayah
tolonglah kami mengingat Engkau
menyebut namaMu
mensyukuri Engkau
baik ibadat kepadaMu.

*sumber*

03 March 2010

BREAK untuk sementara..:)

Blog masih dalam pengubahsuaian...mohon maaf atas segala kesulitan...hihi...

02 March 2010

Persada Perjuangan


Bersua lagi sahabat2 KEMBARA..setelah sekian lama KEMBARA menyepikan diri...hihi..kali nih KEMBARA cuma nak kongsikan bait2 lirik perjuagan je..sambil2 duk layan alunan telinga yg berkumandang lam blog KEMBARA nih...moga2 sahabat2 dapat memahami setiap baris kata yang dialunkan ini...bkn sekadar mendengar sahaja..:)

Masih mekar kenangan indah, Zaman gemilang islam menjulang, Ketika rasul ada bersama, Para sahabat mentadbir dunia, Zaman nubuwwah era khulafa’,
Islam umpama api membara,
Menerangi ummah dan juga sahabat,
Bahangnya bagai membakar lawan.

Di celah itulah kami mengatur,

Lankah membina sebuah tamadun,
1 barisan 1 perjuangan,
Bersama kita segera tunaikan,
Amanah rasul itu yg utama,

Ayuh semua para mujahid,

Ayuh semua mujahidah,
Mari bersama kita nyalakan,
Bara perjuangan di dalam diri,
Agar tertegak kalimah ilahi.