16 March 2010

MUSLIMAH DAN GAMBAR, ADA APA DENGANNYA??



Kali ini KEMBARA terpanggil tuk mencoretkan tentang muslimah dan gambar kpd sahabat2 KEMBARA..hati tergerak utk berkongsi ngn suma Shbt betapa mulianya seorg wanita di dlm Islam..artikel kali ni KEMBARA ambil drpd shbt KEMBARA..terasa seperti terkena pd dri sendIri dlm soal ini…jd marilah sama2 kita renungkan dan perhatikan tuk dijadikan sbg peringatan bt diri kita yg sering lupa dan marilah sama2 kita bermuhasabah diri kita.

Tidaklah tujuan saya utk mengaibkan insan yg bernama wanita krn saya juga seorg wanita..wanita yg sentiasa inginkan dan mendambakan keredhaanNYA di setiap perkara yg dibuat. Seperti kalian yg bergelar wanita juga..yg inginkan keredhaanNYA..sy juga adalah rakan kamu, shabat kamu yg enggan melihat wajah2 anda itu..dipaparkan sewenang2nya kpd org. biarpun wajah bkn aurat m’ikut sesetgh mzhb, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dri pandangan umum?MUSLIMAHKU, dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari satu weblog..mungkin berjuta2 org yg melihatnya setiap hari.
Dikalangan mrk ada yg bagus, yg menundukkan pndgn selaras firman ALLAH dlm surah AN-NUR yg bermaksud : ” katakanlah (wahai Muhammad) kpd org2 lelaki yg beriman supaya mrk menyekat pndngn mrk (drpd memandang yg haram), dan memelihara kehormatan mrk. Yg demikian itu lbh suci bg mrk ; sesungguhnya ALLAH amat mendalam pengetahuannya ttg apa yg mrk kerjakan. ”

Namun kita harus akui ,bhw dikalangan jutaan org itu ,ada yg hatinya sakit..ada yg jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah2 kamu biarpun kamu bertudung litup. MUSLIMAHKU, kalau kita lihat dunia gambar bkn main maju sekarang ni. Dulu, hanya kamera yg perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga boleh menjadi kamera kedua bg kita. Kamera pula lbh dhsyat lbh instant, sesegera mee segera yg sama kerosakan yg dibawanya…penyakit hati.
Alangkah malangnya, jika wajah2 anda yg terpamer itu mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yg beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yg sakit jiwanya akan mula mengganggu anda, mula memburu anda dgn SMS, telefon hatta mungkin mendekati anda dgn tujuan memiliki anda…begitulah sikap si lelaki sebagaimana yg kita sume para wanita tahu…
Hanya krn 1 kesilapan yg mungkin anda x terniat, wajah anda terpampang besar di internet! Gambar adalah bygn reality, namun mungkin juga mnjadi fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pd fantasi photoshop, fireworks, magicphoto dan bermacam2 jenis pgrm pengedit gambar lagi. Jika itu mmg tujuan anda, bersedialah utk risikonya. Tetapi jika niat anda hanya sekadar ingin berkongsi bersama shbt yg lain dgn tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran sy berhati2lah!

PENYELESAIANNYA

Hanya anda shj yg mampu menyelesaikannya, bkn org lain. Diri anda, andalah yg harus menjaganya, apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bknkah kehendak syariat dan ingin menutup pndgn org kpdmu? Maka, soalan sy..menundukkan pndngn bkn khndk syriatkah? Krn weblog2 dan web foto itu milik anda, seharusnya anda cuba utk mengecilkan gmbr tersebut sehabis mgkin agar x menjadi tarikan kpd si lelaki.
Byk cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gmbar. Belajarlah drpd pihak yg mengetahuiny. Hindarilah dri aksi2 dan posing2 yg krg enak dilihat yg hanya akn menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dgn rakan muslimah lakukanlh secara tertutup. Elakkan posting yg blh dilihat oleh segala mcm jenis org. jika lbh mudah, anda kirim shj email bergmbar pd rakan muslimah anda itu. Ingat ! WAJAH ANDA ANUGERAH ALLAH..

Anugerah ALLAH itu hanya layak dilihat berkali2 oleh yg layak shj…
WANITA SOLEHAH, itulah sebaik2 hiasan…SELAMAT BERMUJAHADAH

15 March 2010

TARAF KEIKHLASAN


ADAKAH AKU IKHLAS??

Kita semua maklum bahawa keikhlasan itu menjadi pra-syarat untuk apa-apa amalan kita diterima oleh Allah swt. Kerana kita inginkan amalan kitalah yang bakal menjelma sebagai makhluk yang indah bila kita di dalam alam barzakh nanti, kita berharap agar amalan kitalah yang dapat membela kita pada hari pembalasan kelak.

Sudah tentu, niat pada permulaan kita membuat sesuatu, hinggalah ke akhirnya perlulah hanya kerana Allah semata-mata. Tidak kira amalan itu menyentuh perkara peribadi mahupun dalam kehidupan berdakwah. Namun, ibarat kita hendak mengenal samada kita sudah terkena penyakit 'chicken pox' dsbnya, ada tanda-tanda yang dapat menolong kita memastikan adakah benar kita ini ikhlas.

Antaranya :-

1. Kita takutkan sanjungan dan pujian manusia.

2. Kita tidak berasa hati apabila usaha dikritik oleh manusia.

3. Kita tidak berasa bangga bila dipuji.

4. Kita sentiasa menganggap diri cuai dalam ibadah akibat sikap taajub akan diri sendiri.

5. Tidak malas, lembab dan ketinggalan dalam kesusahan.

6. Tidak jemu dalam berusaha mengajak orang kepada Islam.

7. Tidak menjauhkan diri dari jemaah walau dicaci manusia.

8. Di dalam organisasi/jemaah, tidak teringin menjadi ketua tetapi tetap bekerja dan menyumbang.

9. Menjadi pemimpin atau pengikut, mana satu tidak menjadi hal.

10. Tidak marah malah gembira, bila muncul seorang yang baru menjadi ketua (namun bukan bermaksud tanggungjawabnya sendiri berkurang, kerana amanah bukan dari manusia tetapi dari Allah)

Begitulah antara perkara-perkara yang perlu kita perhatikan. Ini hanyalah panduan sahaja sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan amalan diri kita sendiri bersih dari sifat ria', taajub, takabbur dan seumpamanya. Pekerjaan yang zahirnya baik, tetapi jika diselimuti oleh segala sifat yang batil tersebut, maka sia-sialah di sisi Allah swt. Hatta mereka yang berperang di saff hadapan dan mati di medan peperangan. Walau bagaimanapun, atas kelemahan manusia, tidak layak sebenarnya untuk menilai atau menghukum orang lain ikhlas ataupun tidak.

Dalam satu kata-kata ulamak, ada ulamak yang mengatakan untuk membayangkan ikhlasnya seseorang itu seperti seekor semut yang hitam yang berjalan diatas batu yang hitam pada waktu malam ( yg pekat legam ). Betapa besarnya hati manusia itu, apa bila merasakan hatinya itu ikhlas terhadap Allah ta'ala.

Perlu diingatkan juga, dalam satu hadith nabi.. telah berkata " 3 golongan yang tidak diterima allah ta'ala untuk masuk ke syurga, kemudian ditanya kepada nabi apakah golongan itu, maka nabi menjawab 1. Orang-orang kaya menginfaqkan ( sedekah ) sebahagian hartanya di jalan allah, tetapi tidak ikhlas. 2. Orang-orang yang berjihad di jalan allah, mahupun perang atau sebagainya. 3. Orang-orang alim ulamak yang menyampaikan ilmu itu tetapi tidak ikhlas kerana Allah ta'ala"

Jadi sahabat dan sohabiat yang dirahamtilah allah sekalian dapat kita renungkan betapa besar ikhlas tu perlu wujud pada hati masing. Syaitan sentias merasuk diri anda supaya mengkianati Allah ta'ala. oleh itu sentiasalah menyucikan jiwa anda dari perasaan hasad dan dengki serta riak yang membinasakan diri kita di akhirat kelak.

Kita hanya boleh melihat yang zahir sahaja. Allah swt yang Maha Mengetahui dan hanya Allah swt sahajalah yang berhak membalas segala amalan. Samada amalan yang baik atau sebaliknya.

Sama-samalah kita berdoa:

Wahai Tuhan kami!
Perbaikilah hati kami,
hapuskanlah cacat cela kami,
pimpinlah kami ke arah kebaikan,
hiasilah kami dengan taqwa,
kurniakanlah kepada kami
taat setia kepadaMu
sepanjang hidup kami.
Tuhan kami! Jadilah kami ikhlas kepadaMu,
syukur kepadaMu,
bertawakkal kepadaMu,
taubat kepadaMu,
khusyuk kepadaMu.
Wahai Tuhan kami!
Sesungguhnya kami mohon kepadaMu
ketetapan di dalam urusan ini
keazaman di dalam hidayah
tolonglah kami mengingat Engkau
menyebut namaMu
mensyukuri Engkau
baik ibadat kepadaMu.

*sumber*

03 March 2010

BREAK untuk sementara..:)

Blog masih dalam pengubahsuaian...mohon maaf atas segala kesulitan...hihi...

02 March 2010

Persada Perjuangan


Bersua lagi sahabat2 KEMBARA..setelah sekian lama KEMBARA menyepikan diri...hihi..kali nih KEMBARA cuma nak kongsikan bait2 lirik perjuagan je..sambil2 duk layan alunan telinga yg berkumandang lam blog KEMBARA nih...moga2 sahabat2 dapat memahami setiap baris kata yang dialunkan ini...bkn sekadar mendengar sahaja..:)

Masih mekar kenangan indah, Zaman gemilang islam menjulang, Ketika rasul ada bersama, Para sahabat mentadbir dunia, Zaman nubuwwah era khulafa’,
Islam umpama api membara,
Menerangi ummah dan juga sahabat,
Bahangnya bagai membakar lawan.

Di celah itulah kami mengatur,

Lankah membina sebuah tamadun,
1 barisan 1 perjuangan,
Bersama kita segera tunaikan,
Amanah rasul itu yg utama,

Ayuh semua para mujahid,

Ayuh semua mujahidah,
Mari bersama kita nyalakan,
Bara perjuangan di dalam diri,
Agar tertegak kalimah ilahi.