13 October 2009

MAKAN YOGURT KETIKA PMS…..


Salam ceria salam bahagia dan salam sihat ntuk sahabat2 KEMBARA..hehe..Hari ni KEMBARA nak share satu info yang mungkin bagus dan berguna ntuk sahabat2…tapi kali ni…info ni lebih terrrr fokus kat kaum hawa…by the way xde masalah untuk si adam turut sama menambahkan maklumat…tambahan pulak masing2 juga pasti dikelilingi perempuan2 yang bergelar kakak,adik dan ibu tercinta…

sahabat2 KEMBARA.. korang suke x makan yogurt? Iye la…yogurt yang rasenya mcm masam2 tuh…dan kadang2 rase mcm basi…betul k? hehe tidak bagi yang gemarkannya…oke baik…kite xyah panjang2…sebenrnya KEMBARA ada terbaca satu majalah kesihatan tu…baguih jugak maklumat yang ada dan antaranya nilah pasal yogurt…pernah dgr x gejala yang sering perempuan alami…name saitifiknya nih Pre Menstrual Syndrome atau bahasa kita ni ‘senggugut’ bukan sesungut tuh…xpe2 jangan malu sebenarnya…sekadar maklumat,xsalah berkongsi kan? lagi pulak sume ni mmg x dapat nak dielakkan olh kaum wanita…

Dalam satu kajian yang dibuat di Amerika Syarikat menunjukkan pengambilan 200mg yogurt bersama sumber kalsium kalbonat yang lain boleh membantu mghilangkan kesakitan pada ari2. Selain tu jgk pengambilan susu kaltur ni jugak dapat mengurangkan risiko PMS sehingga 54%...betul k???

Kajian tersebut turut mngatakan, sebenarnya yogurt atau susu kultur mempunyai khasiat tersendiri dan merupakan penyumbang protein yang tggi…tambahan pulak, yogurt turut dicampurkan buah buahan yang baik untk kesihatan seperti beri biru dan strawberi…jadi??? Apa tunggu lagi..jom amalkan yogurt..…hehehe..salam sihat ceria sentiasa…

01 October 2009

“ SIFAT MUKMIN DAHULUKAN SAHABAT DARIPADA DIRINYA “


Assalamualaikum buat sahabat2 Kembara.. bersua lagi kita setelah sekian lama Kembara menyepikan diri dari melakarkan cetusan..baiklah..kali ini Kembara ingin berkongsi ngan sahabat2 sekalian tentang “ SIFAT MUKMIN DAHULUKAN SAHABAT DARIPADA DIRINYA “. Kisah kali ini Kembara ingin kongsikan bersama sahabat2..yang mana Kembara telah membacanya dalam HARAKAH hasil daripada Tok Guru kita..Jadi..jom kita sama2 merenungkan apa yang telah disampaikan oleh Tok Guru kali ini..

Islam amat menggalakkan agar hidup sentiasa bersahabat. Apabila berkawan ada tanggungjawab terhadap harta benda, iaitu harta benda kita terhadap sahabat dan begitu jua sebaliknya. Taraf persahabatan itu mempunyai 3 keadaan ..yang paling rendah ialah kawan kita umpama budak suruhan di bawah jagaan kita, apabila tidak selesai urusan kita baru diserahkan kpd mereka. Kedua, sahabat itu setaraf dgn kita, iaitu kita rela harta dikongsi bersama, sebaliknya dia pun demikian juga. Ketiga, peringkat paling tinggi iaitu “ iitsar “ mengutamakan orang lain, sebagaimana dijelaskan melalui firman Allah SWT yg bermaksud: “…Dan ,mereka mengutamakan ( org2 muhajirin ) atas diri mereka sendiri sekalipun diri mereka dalam kesusahan. Dan siapa yg dipelihara drpd kebakhilan dirinya, mereka itulah org2 yg beruntung. “ ( Surah Al-Hasyar sebah. ayat 9 )

Itulah sifat mulia yg ditunjukkan oleh kaum Ansar, terhadap saudaranya kaum Muhajirin yg berhijrah ke Madinah bersama Nabi Muhammad s.a.w . Sebelum menyempurnakan hajat diri sendiri, mereka lebih dahulu bertanya khabar kawannya kaun Muhajirin. Dikhuatiri ada perkara yg lebih mustahak berbanding dirinya sendiri. Seandainya dalam 3 kategori itu tiada satu pun dirinya termasuk di dalamnya, tidak pada peringkat kawan umpama org suruhan…Tidak juga peringkat yg kedua di mana sama taraf antara dirinya dan kawannya, jauh sekali di peringkat yg ketiga yg lebih mengutamakan sahabatnya daripada dirinya sendiri. Ketahuilah, bahawa kesimpulan persahabatan itu tidak wujud langsung pada diri dan jiwanya. Ertinya seseorang itu berkawan bertaraf kebetulan, disebabkan mereka berjiran dan berjumpa tanpa dijangka tanpa suatu ikatan setia yg terjalin antara mereka.

Berkawan tanpa ikatan pasti tiada rasa “ ukhuwah “ dan “ shuhbah “, sekadar tegur sapa seperti berjumpa di jalanan atau di pasar2. Dalam situasi demikian sudah pasti tiada tanggungjawab dan keprihatinan, antara sesama mereka. Sebagaimana seorang lelaki dan wanita dijalin dgn ikatan akad nikah sebagai suami isteri, yg membawa kpd pelbagai tanggungjawab. Justeru itu, sesama manusia mesti ada jalinan ikatan tertentu, seperti ikatan persahabatan dan ukhuwah supaya ada rasa tanggungjawab terhadap rakan karibnya. Orang yg tiada ikatan ukhuwah (‘aqdul ukhuwah) antara mereka, sesamanya akan mudah terjerumus ke lembah persengketaan dan perbalahan. Seorg alim bernama Maimun bin Mahran berkata: “ sesiapa berkawan tetapi tidak ambil peduli tentang melebih dan beri tumpuan kpd kawannya, situasi begitu umpama berkawan dgn jenazah. “ Sudah tahu rakannya dilanda kesusahan, sedangkan dia mampu menolongnya. Namun tetap tidak membantunya malah mengutamakan diri sendiri.

Ketika itu tiada bezanya antara berkawan dgn org hidup atau mayat. Sebagaimana firman Allah SWT yg bermaksud: …sedang urusan sesame mrk ( diputuskan ) dgn mesyuarat antara mrk; dan mrk menafkahkan sebahagian rezeki yg Kami berikan kpd mrk.” (Surah Asy-Syura sebahagian ayat 38). Sifat kedua ialah sanggup membelanjakan harta kekayaan, untuk urusan ummah dan agama. Sesetengah manusia rajin bermesyuarat, malangnya kedekut menafkahkan harta benda , sesuai perkara yang dicapai bersama oleh keputusan mesyuarat.
“ Menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kpd mereka .” Ialah bergaul dan berkepentingan bersama, antara mereka daripada setengahnya.

Meskipun pada hakikatnya ia milik orang tertentu, namun ia boleh dimanfaatkan bersama dlm urusan yang diredhai Allah SWT. Situasi tersebut terjadi krn ada ikatan persahabatan yang terjalin antara mereka. Alangkah sukarnye untk sampai ke tahap situasi demikian. Mmg begitulah hakikat bhw syurga itu suatu yg amat istimewa, amat sukar untk dicapainya. Tiada pilihan bg sesorg di Mahsyar kelak, melainkan mesti meniti titian halus ‘ Sirotol Mustaqim’, di permukaan neraka yang dahsyat itu.

Jika dalam keadaan menerima rahmat Allah SWT, atas keimanan dan ketaatan, selamatlah dia sampai ke syurga. Sebagaimana ditegaskan olh firman Allah SWT yg bermaksud : “ Dan tidak ada sorgpun daripadamu melainkan mendatangi neraka itu. Hal itu bagi Tuhanmu adalah suatu kemestian yang sudah ditetapkan”
“ kemudian kami akn menyelamatkan org2 yang bertqwa dan membiarkan org2 zalim dlm neraka dlam keadaan yang berlutut ” ( surah Maryam ayt: 71-72 ) Begitulah sukarnay untk ke syurga yg dijanjikan Tuhan, sebagaimana hndk mendapatkan pahala di dunia ini msti melalui ksukaran juga…. Org zalim dan kafir hanya bermimpi untuk masuk syurga, krn tmptnya di neraka tlh ditentukan olh Allah SWT, seperti dinyatakan dlm ayt 72 surah Maryam itu..
Sebelum Kembara mengundur diri..marilah sama2 kita mengambil pengajaran dengan apa yg telah disampaikan oleh Tok Guru..Kembara tertarik dgn artikel yg disampaikan oleh beliau dan ingin berkongsi dgn sahabat2 sekalian..almaklumlah..mauidzah Tok Guru ni hanya terdapat dlm akhbar Harakah sahaja..jd Kembara dpt mengagak bahawa xsemua yg mmbacanya..jadi..jom sama2 kita renung2kan apa yg beliau sampaikan...selamat membaca...

29 September 2009


Salam syawal buat sume sahabat KEMBARA...Kemaafan dipohon cz udah terlalu lama KEMBARA x update blog ni..mmg lama sgt2 la..pe pun lum terlambat KEMBARA nak amik kesempatan yg masih ada ni tuk wish kt sume sahabat2..SELAMAT HARI RAYA..maaf zahir batin..:-)..Insyaallah pas ni KEMBARA akan cuba cari mase free tuk update kembali teratak ni..buat masa ni masa tak mengizinkan KEMBARA tuk kembali berkarya..coznye...nanti KEMBARA akan lalui exam yg paling menakutkan...hehehe..saje je...doakan KEMBARA ye sahabat2...19/10 tarikh yg menakutkan..Exam STAM menanti...huhuhu...oklah..rasenye cukupla stkt ni dahulu..kita jumpe lagi...wassalam...

16 August 2009

Wanita idaman Lelaki


wanita idaman lelaki..

adalah yang mempunyai budi pekerti

hidupnya hanyalah untuk Ilahi..

kata bicaranya dari hati nurani

ikhlas benar dan suci..

yang boleh mendamaikan hati..

sewaktu ujian dan dugaan silih berganti

namun dia masih mampu berdiri..

Wanita idaman lelaki, wanita harapan lelaki..

adalah hidupnya yang sederhana..

nilai maruahnya tiada tandingan..

namun dia punya keimanan..

zikirnya bagai nyanyian..

bagi menghadapi sebarang cabaran dan cubaan..

doanya adalah hiburan..

berbekalkan tingginya ketakwaan..

bicaranya lambang keikhlasan..

pengharapan dan kepasrahan pada tuhan..

senyumnya pengubat kedukaan..

dan air matanya tanda sebuah kecintaan..

Wanita harapan lelaki..

padanya sifat kewanitaan..

bersama sifat ketibaan..

yang menyejukkan tatkala kehangatan..

sentiasa tunduk ketaatan..

sujud dan rukuk walau kesejukan..

pada kegelapan malam yang kedinginan..

...WANITA IDAMAN LELAKI...

03 August 2009

Kisah RM 20

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah.....

Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?
Ayah: Hmmm....nak tanya apa?
Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya? Si ayah mula menengking.
Anak: Amin saja nak tahu ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat...Si anak mula merayu pd ayahnya.
Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu?Jerkah ayahnya lagi..
Anak: Oh..20 ringgit.. Amin menundukkan mukanya.
Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?
Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nakbeli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit,kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!"

Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali kebiliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai10 ringgit. Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini.Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur.

"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit warna merah.Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang.

"Terima kasih banyaklah ayah!"Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping note 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang.

"Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu??Dan dari mana kamu dapat duit tu??"

Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya. Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan.....

"Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari tu. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..."

"Tak cukup duit nak beli apa??" Jerkah ayahnya lagi."Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah dipejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.."

- Sekadar renungan kita sahaja...-

13 July 2009

..Mawar Berduri..



" Jadilah bunga mawar yang indah berpagarkan duri.Jangan biarkan dirimu menjadi sebarangan bunga yang tetap juga indah tetapi,sayang tidak berduri. Apabila tiada duri, tiada lagi benteng yang boleh melindungi keindahan si bunga daripada sewenang-wenangnya didekati sang kumbang. Lantas, tercemarlah keindahan dan murahlah nilainya. Duri mawar itulah ditasybihkan dengan perbatasan aurat, akhlak dan al-haya'. Dengan pagaran duri itu, kilauan warnanya semakin memancar indah dan harum aromanya menyelinap di segenap naluri yang mengundang kekaguman di hati sang kumbang hinggakan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya."
Cuba kita perhatikan pada setiap baris kata yg terdapat dlm ayat di atas..adakah kita memahami apa yg terdapat di dlm kata2 tu..??? Ianya adalah tentang wanita..bukan tuk sorang wanita tapi tuk sume wanita..Renungkanlah bg yg bergelar wanita..betapa mulianya wanita jika ia menjadikan dirinya seperti "MAWAR BERDURI"..segala2nya dijaga dan terjaga..

08 July 2009

Allhamdulillah...Syukur padaMu Ya Allah...


bersua kembali...Ari ni rase cam nk tulis something je kat ni..tapi xde pape pun cume hepy ckit je..huhuhu..Alhamdulillah...syukur sgt2 cz sume dah settle..xde la tension sgt skang...sume keje dah settle cume skang exam je tak settle agi..ade 1 paper agi..huhuh..lam ati ni dah jerit2 "cepatla abihhh.."..xsabar nak balik la katekan..huhuhu..tapi walaupun exam abih..tetap xleh balik jumpe kuarge..sedihhh..perlu tumpu untuk oral STAM lak khamis ni..sabar je laaa..."Ya Allah..berilah hambaMu ini keyakinan tuk hadapi semua ni.."Ummm...sume kerja kursus STAM dah dihantar...arap2 xdireject oleh pemeriksa nanti...almaklumla..baru ni banyak sangat ujiannya...hampir sume sahabat2 yang amik STAM kena baiki semula kerja masing2..ntah ape silapnye..nak tak nak terpaksa la buat semula..tak kire muslimin atau muslimat..tapikan..ade kebaikannye gak sume tu..huhuhu..xkisahla..yang penting sume kerja dah SETTLE..Alhamdulillah...syukur padaMu Ya Allah..skang fokus tuk STAM lak..doakan kite ek sahabat2..jumpa lagi..ma'assalamah...:-)

03 July 2009

10 Pesanan Imam As-Shafie Yang Perlu Diikuti


Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. berikut adalah kandungan wasiat tersebut: ” Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:

• Hak kpd diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yd ada.

• Hak kpd malaikat maut: mengqadakan kewajipan2 yg tertinggal,mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH

• Hak kpd kubur: membuang tabiat suka mneabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.

• Hak kpd Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

• Hak kpd mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amaln dan sanggup menahan kesulitan.

• Hak kpd sirat(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): mmbuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.

• Hak kpd Malik(malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

• Hak kpd Ridhzuan(malaiakt penjaga syurga): merasa redha kpd qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dr melakukan maksiat.

• Hak kpd Nabi MUhd SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH.

• Hak kpd ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Sama-samalah kita mengambil apa yang telah ditinggalkan oleh beliau untuk dijadikan sebagai renungan dan pengajaran serta iktibar...

29 June 2009

22 June 2009

First time in my life


Alhamdulillah..akhirnya blogku siap gak..time nak exam..blog pun siap..huhuhu..baru berpeluang tuk ubahsuai sume yang ada dalam ni..syukran buat adik wardah91 yang banyak bagi tunjuk ajar padaku..heheh..malu gak sebenarnya..ye lah..junior plak yang ajar senior..padahal buat blog dah lame...memang malu jugak tapi tak pe lah..kita belajar dari bawah...walaupun masih simple..aku tak kisah coz aku lebih suke simple daripada berserabut xtahu ape,,heheh..LIFE MUST SIMPLE..betol tak..?..heheh..ni la diriku...UmMm..pape pun meacih sgt2 kat adik wardah91...dan buat sahabat2..harap dapat bagi tunjuk ajar...Salam Ukhuwah buat sume..doakan temanmu ini dalam imtihan yang akan menjelang tiba...jumpa lagi next time..:-)

Kaum WANITA Ahli Neraka...renungkanlah...

Golongan Wanita Yang Di Seksa Dalam Neraka "Abdullah Bin Masud r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah s.w.t. mencatat baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan memintakan ampunan baginya, dan Allah s.w.t. mengangkat seribu darjat untuknya." (H.R. ABU MANSUR DIDALAM KITAB MASNADIL FIRDAUS)

Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: Saya bersama-sama Fathimah berkunjung kerumah Rasulullah, maka kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau: "Apakah yang menyebabkan engkau menangis wahai Rasulullah?" Beliau menjawab, "Pada malam aku diIsrakan ke langit, saya melihat orang-orang yang sedang mengalami penyeksaan, maka apabila aku teringat keadaan mereka, aku menangis."

Saya bertanya lagi, "Wahai Rasulullah apakah engkau lihat?" Beliau bersabda:
1. Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.
2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangan dicopot dari punggungnya, aspal mendidih dari neraka dituang ke kerongkongnya.
3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya, sedang air getah kayu Zakum dituangkan ke kerongkongnya.
4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki dan tangannya kearah ubun-ubun kepalanya, serta dibelit dan dibawah kekuasaan ular dan kala jengking.
5. Wanita yang memakan badannya sendiri, serta dibawahnya tampak api yang berkobar-kobar dengan hebatnya.
6. Wanita yang memotong-motong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.
7. Wanita yang bermuka hitam serta dia makan usus-ususnya sendiri.
8. Wanita yang tuli, buta dan bisu didalam peti neraka, sedang darahnya mengalir dari lubang-lubang badannya (hidung, telinga, mulut) dan badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.
9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan berbadan himmar (keldai) yang mendapat berjuta macam seksaan.
10. Wanita yang berbentuk anjing, sedangkan beberapa ular dan kala jengking masuk melalui duburnya atau mulutnya dan keluar melalui duburnya, sedangkan malaikat sama-sama memukuli kepalanya dengan palu dari neraka.

Maka berdirilah Fatimah seraya berkata, "Wahai ayahku, biji mata kesayanganku, ceritakanlah kepadaku, apakah amal perbuatan wanita-wanita itu." Rasulullah s.a.w. bersabda: "Hai Fatimah, adapun tentang;
1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana tidak menjaga rambutnya (dijilbab) dikalangan laki-laki.
2. Wanita yang digantung dengan lidahnya, kerana dia menyakiti hati suaminya, dengan kata-katanya."Kemudian Nabi s.w.a. bersabda: "Tidak seorang wanita pun yang menyakiti hati suaminya melalui kata-kata, kecuali Allah s.w.t. akan membuat mulutnya kelak dihari kiamat selebar tujuh puluh dzira kemudian akan mengikatkannya dibelakang lehernya."
3. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya, kerana dia menyusui anak orang lain tanpa seizin suaminya.
4. Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tanganya itu, kerana dia keluar rumah tanpa seizin suaminya, tidak mandi wajib dari haid dan dari nifas (keluar darah setelah melahirkan).
5. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri, kerana dia bersolek untuk dilihat laki-laki lain serta suka membicarakan aib orang lain.
6. Adapun wanita yang memotong-motong badannya sendiri dengan gunting dari neraka, dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang banyak, dengan maksud supaya mereka (orang banyak) itu melihat perhiasannya, dan setiap orang yang melihatnya jatuh cinta padanya, kerana melihat perhiasannya.
7. Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai keubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala jengking, kerana dia mampu untuk mengerjakan solat dan puasa, sedangkan dia tidak mahu berwudhu dan tidak solat dan tidak mahu mandi wajib.
8. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keldai (himmar), kerana dia suka mengadu-domba serta berdusta.
9. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing, kerana dia ahli fitnah serta suka marah-marah pada suaminya.

Dalam sebuah hadis Nabi s.a.w. bersabda: Empat jenis wanita yang berada di syurga dan empat jenis wanita yang berada di neraka dan beliau menyebutnya di antara empat jenis perempuan yang berada di syurga ialah:
1. Perempuan yang menjaga diri dari berbuat haram lagi berbakti kepada Allah dan suaminya.
2. Perempuan yang banyak keturunannya lagi penyabar serta menerima dengan senang hati dengan keadaan yang serba kekurangan (dalam kehidupan) bersama suaminya.
3. Perempuan yang bersifat pemalu, dan jika suaminya pergi maka ia menjaga dirinya dan harta suaminya, dan jika suaminya datang ia mengekang mulutnya dari perkataan yang tidak layak kepadanya.
4. Perempuan yang ditinggal mati oleh suaminya dan ia mempunyai anak-anak yang masih kecil, lalu ia mengekang dirinya hanya untuk mengurusi anak-anaknya dan mendidik mereka serta memperlakukannya dengan baik kepada mereka dan tidak bersedia kahwin kerana khuatir anak-anaknya akan tersia-sia (terlantar / terbiar).

Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: Dan adapun empat jenis wanita yang berada di neraka ialah:
1. Perempuan yang jelek (jahat) mulutnya terhadap suaminya, jika suaminya pergi, maka ia tidak menjaga dirinya dan jika suaminnya datang ia memakinya (memarahinya).
2. Perempuan yang memaksa suaminya untuk memberi apa yang ia tidak mampu.
3. Perempuan yang tidak menutupi dirinya dari kaum lelaki dan keluar dari rumahnya dengan menampakkan perhiasannya dan memperlihatkan kecantikannya (untuk menarik perhatian kaum lelaki).
4. Perempuan yang tidak mempunyai tujuan hidup kecuali makan, minum dan tidur dan ia tidak senang berbakti kepada Allah, RasulNya dan suaminya.

Oleh kerana itu seorang perempuan yang bersifat dengan sifat-sifat (empat) ini, maka ia dilaknat termasuk ahli neraka kecuali jika ia bertaubat. Diceritakan dari isteri Khumaid As-sa-idiy bahawa ia datang kepada Nabi s.a.w. lalu berkata: "Hai Rasulullah sesungguhnya aku senang mengerjakan solat bersamamu". Beliau berkata: "Aku mengerti bahawa engkau senang mengerjakan solat bersamaku, akan tetapi solatmu di tempat tidurmu itu lebih baik dari pada solatmu dikamarmu dan solatmu dikamarmu lebih baik dari solatmu dirumahmu dan sholatmu dirumahmu lebih baik daripada solatmu di mesjidku". -- (Bagi lelaki sangat dituntut sembahyang berjemaah di mesjid)
Baginda s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya yang lebih disukai solatnya perempuan oleh Allah ialah yang dilakukan pada tempat yang amat gelap dirumahnya".
Diceritakan dari Aisyah r.a.: "Pada suatu ketika Rasulullah s.a.w. duduk di masjid, tiba-tiba masuklah seorang perempuan dari suku Muzainah yang memakai pakaian yang terseret-seret ditanah untuk perhiasan pada dirinya di dalam masjid". Maka Nabi s.a.w. bersabda: "Wahai manusia laranglah isteri-isterimu dari memakai perhiasan dan memperindah gaya berjalan di dalam masjid. Kerana sesungguhnya kaum Bani Israil itu tidak dilaknat hingga mereka memberi pakaian isteri-isteri mereka dengan pakaian perhiasan dan mereka berjalan dengan gaya sombong di dalam masjid".

Ibnu Abas r.a. meriwayatkan juga bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Apabila seorang wanita keluar rumahnya dengan mempesolek dirinya serta memakai bau-bauan (sedang suaminya redha akan berbuatan yang demikian itu), maka dibangunkan untuk suaminya pada setiap langkahnya sebuah rumah di neraka."

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi yang bermaksud: "Jihad seorang wanita ialah taatkan suami dan menghiaskan diri untuknya."

Isteri tidak wajib taat suruhan dan arahan suami, apabila suruhan dan arahan itu bertentangan dengan hukurn Allah s.w.t.

Imam Al-Ghazali menegaskan: "Seorang isteri wajib mentaati suami sepenuhnya dan memenuhi segala tuntutan suami dari dirinya sekiranya tuntutan itu tidak mengandungi maksiat."


dipetik dari: "www.surau.ladang.net" dan *www.darulfuqaha.com

13 June 2009

Kata-kata Hikmah Saidina Umar R.A

• Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri menunjukkan kata-kata lemah lembut

• Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yg menimbulkan persangkaan maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk padanya

• Tidak ada ertinya Islam tanpa jemaah dan tidak ada ertinya jemaah tanpa pemimpin dan tidak ada ertinya pemimpin tanpa ketaatan

• Aku tidak pedulikan atas keadaan susah atau senangku kerana aku tidak tahu
manakah diantara keduanya yang lebih baik dariku

• Kalau kita bermewah-mewah di dunia akan kurang ganjarannya di akhirat

• Apabila engkau melihat orang yang berilmu mencintai dunia, maka curigailah ia mengenai agamanya, kerana orang yang mencintai sesuatu ia akan menyibukkan diri dengan apa yang dicintainya itu

MASYITAH DIREBUS KERANA CINTA

Sebagaimana maklum, Firaun dengan segala kesombongan dan kebongkakannya telah mengaku dirinya Tuhan dan memaksa semua rakyat jelata menyembah dan memperhambakan diri kepadanya. Barangsiapa yang ingkar akan disiksa dan dibunuh. Begitulah kejamnya Firaun dan kerajaannya. Namun begitu terdapat beberapa orang yang telah sedar dan beriman kepada Allah di antaranya Siti Asiah, isteri Firaun dan keluarga Masyitah. Masyitah adalah pelayan raja dan lebih terkenal sebagai tukang sikat Firaun. Mereka terpaksa menyembunyikan iman mereka kepada Allah, dengan itu mereka tidak akan diganggu.
Tetapi pada satu hari, sewaktu Masyitah sedang menyikat rambut salah seorang daripada puteri Firaun, tiba-tiba sikat itu terjatuh dan dia dengan tidak sengaja melatah dan menyebut "Allah". Puteri tersebut apabila mendengar perkataan "Allah", dia pun bertanya kepada Masyitah siapakah "Allah" itu. Masyitah pada mulanya enggan untuk menjawab pertanyaan itu tetapi setelah didesak berkali-kali, Masyitah memberitahu bahawa Allah itu adalah Tuhan yang Esa dan Tuhan sekalian Alam.
Puteri itu dengan serta-merta mengadu pada Firaun akan hal Masyitah itu. Firaun agak terperanjat bila mendengar Masyitah menyembah Tuhan selain daripadanya. Maka Firaun dengan kekuasaan yang ada padanya telah memerintahkan menterinya yang bernama Hamman untuk membunuh Masyitah dan kaum keluarganya yang telah menyembah Allah. Firaun sedikit pun tidak mengenang jasa Masyitah terhadap keluarganya. Selain menjadi tukang sikat, Masyitah juga mengasuh dan menguruskan istana Firaun. Tetapi tanpa usul periksa dan kejam Firaun menjatuhkan hukuman kepada Masyitah.
Inilah masanya untuk menguji Masyitah, seorang wanita yang lemah fizikalnya tetapi memiliki kekuatan jiwa yang luar biasa. Beliau dengan lapang dada menerima apa sahaja yang hendak dilakukan oleh manusia yang tidak berhati perut itu. Hamman telah memaksa pengawal-pengawalnya untuk menyediakan sebuah kawah yang besar untuk mencampakkan Masyitah dan keluarganya yang ingkar dengan Firaun seandainya mereka tidak mahu kembali kepada Firaun. Masyitah bersama dengan suami dan empat orang anaknya termasuk seorang anaknya yang masih bayi dihadapkan ke hadapan Firaun untuk diberi kata dua sama ada hendak menyembah Firaun atau dicampakkan ke dalam kawah yang berisi air panas yang mendidih. Maka dengan tegas Masyitah dan suaminya tetap mempertahankan keimanan mereka dengan mengatakan Allah itulah Tuhan yang Esa dan Firaun hanyalah manusia biasa.
Dengan keputusan itu, Hamman dengan tiada rasa peri kemanusiaan mencampak satu persatu keluarga Masyitah ke dalam kawah yang berisi air panas yang mendidih. Sambih ketawa terbahak-bahak dengan nada yang menyindir, Hamman mencampakkan suami Masyitah dahulu diikuti dengan anak-anaknya yang lain. Masyitah melihat sendiri dengan mata kepalanya bagaimana anak-anaknya terkapai-kapai di dalam air yang panas menggelegak itu. Kini tinggal Masyitah dan bayinya yang akan dicampakkan ke dalam kawah tersebut.
Syaitan membisikkan ke telinga Masyitah rasa was-was dan kasihan melihat anaknya yang masih kecil itu disiksa sedemikian rupa. Masyitah mula ragu-ragu samada hendak terjun ataupun tidak. Tetapi dengan kekuasaan Allah, tiba-tiba anak yang masih bayi itu berkata-kata kepada ibunya, Masyitah : "Wahai ibu, marilah kita menyusul ayah, sesungguhnya syurga sedang menanti kita".
Bila mendengarkan kata-kata yang sangat ajaib dari anaknya yang masih bayi itu, dengan rasa kehambaan dan cinta kepada Allah, Masyitah terjun bersama anaknya ke dalam kawah yang berisi air panas itu dan matilah mereka sekeluarga demi mempertahankan iman mereka kepada Allah.
Tetapi Allah tidak membiarkan manusia berbuat durjana sesuka hati. Allah datangkan kepada Firaun, Hamman dan para pengawalnya yang membunuh Masyitah dengan azab siksa yang sangat pedih. Allah runtuhkan kerajaan Firaun dan Hamman mati di dalam runtuhan tersebut. Tentera dan para pengawalnya ditenggelamkan di dalam dasar laut. Mereka mati di dalam keadaan kafir. Sebaliknya Masyitah sekeluarga mati di dalam keadaan yang mulia dan bahagia di dalam syurga.
Sewaktu Rasulullah s.a.w Isra' dan Mikraj, baginda telah melalui sebuah makam. Makam itu sangat wangi dengan bauan kasturi. Lantas Rasulullah s.a.w bertanya kepada Jibril yang mengiringinya, maka jawab Jibril a.s : "Itulah Makam Masyitah, salah seorang wanita penghulu syurga." Begitulah keistimewaan yang Allah berikan kepada Masyitah. Walaupun tubuhnya dan tubuh keluarganya hancur, namun di sisi Allah mereka sangat mulia.
Wahai wanita yang mukmin, bersabarlah menghadapi hidup di dunia ini. Kesusahan dan kekurangan, kata nista manusia dan kejian di dalam membangunkan Islam itu hanyalah sementara. Bersabarlah dan tenangkan hati dengan banyak mengadu dan mengharapkan keredhaan Allah. Kuatkan iman dan sematkan di dalam hati kecintaan kepada Allah dan Rasul itu melebihi dari segalanya. Patuh dan taat akan perintah suami, didik anak-anak dengan Islam. Insya Allah kita akan selamat di dunia dan akhirat. Marilah sama-sama mencontohi Masyitah yang sanggup mengorbankan nyawanya dan nyawa keluarganya demi mendapatkan cinta kepada Allah. Tidakkah kita ingin mengikut jejaknya ?

08 April 2009

ku sandarkan hidupku padaMu Ya Allah

Ajari aku berjalan dalam jalan lurusMu..
Ajari aku melangkah dlm kehendakMu..
Ajari aku menjalani hari2 bersama dgnMu..

Ya Allah..aku tak tahu jln ini bilamana aku berjalan..disekelilingku penuh dgn kegelapan..ku perlu pimpinan tanganMu utkku bisa melangkah dan berjalan tahu arah tujuan yg pasti..
Ya Allah..aku sering terjatuh krn batu2 yg tak terlihat krn kegelapan ini,sakitnya luka itu ya Allah...namun tanganMu menarikku lalu membersihkan lukaku serta membalutnya...Ya Allah..aku sudah tidak kuat lagi..aku tak bisa melihat dlm kegelapan ini..betapa byknya luka2 mengharungi perjalanan ini,bekas luka2 yg lama berdarah kembali krn kerikil2 yg tajam ini..aku tersungkur...tanpa ku sedari airmata membasahi kedua belah pipiku..kucuba bangkit dan melangkah namun aku tidak mampu..Ya Allah..masih jauhkah perjalanan hidup ini..aku sudah tidak kuat lagi Ya Allah..Ya Allah..aku berteriak bersama dgn tangisanku..tiba2 kudgr suara lembut dan sayu berbisik dalam hatiku..."inilah sebuah perjalanan hidup,terkadang engkau akan jatuh dan bangkit,dan jatuh lagi sejingga luka2 lamamu akan kembali berdarah lagi..lihat, meskipun disekelilingmu penuh dgn kegelapan..namun kamu tidak tahu sbnrnya dihdpnmu itu ada terang yg menanti,Aku membawamu ke tempat yg gelap ini dgn mksud dan tujuan tertentu.." "maksud dan tujuan..?"...aku cuba mengulanginya..lalu,suara itu melanjutkan, "ya, sebuah maksud dan tujuan yg terbaik bagimu..dan masa depanmu..kamu tidak bisa berjalan dlm kegelapan ini tanpa uluran tanganKu,lihat kerikil yg tajam itu Aku telah harungi bersama dgn beban yg berat dan Aku telah menang.." "tiada seorg pun yg sanggup menghulurkan tangan ketika aku jatuh dan berdarah ",kataNya dgn lembut.."perhatikanlah ketika kau jatuh, Aku Ada bersama dgnmu,tanganKu senantiasa terhulur utk membantu dan menumpang, sebenarnya..kerikil tajam itu membuat engkau lebih bersandar lagi kpdKu dan menggenggam erat tanganKu, bahawa kau sbnrnya tidak bisa berjalan dgn kekuatan kau sendiri..Aku adalah Dzat Pencipta yg tidak pernah melakukan kesilapan dan kesalahan dlm hidupku..Aku senantiasa memberi yg terbaik Dan bukan kedua terbaik bagimu,meski jalan di depanmu adalah suram dan gelap yg kau sgt tidak senangi,tapi yakinlah bhw..aku akan menggendongmu terus sampai selamanya..dari rahim ibumu Aku telah memilih mu…dan sampai putih rambutmu pun Aku adalah Dzat Pencipta yang akan tetap menjagamu..melindungimi bahkan sampai bila2..” “ya Allah .. “ aku cuba bersuara…tetapi suara itu melanjutkan lagi ,” ketahuilah dalam kelemahan Dan airmatamu kuasa Ku menjadi sempurna atasmu .“ Aku menangis mendengarnya aku tak sanggup mengungkapkan perasaan Ku hanya air mataku menitis yg member jawapan atas semuanya..

Sahabat..bila semua itu berlaku pada dirimu.. itu akan membuatkanmu untuk bersandar penuh kpdNya krn sebenarnya diluar Allah kita tidak bisa berbuat apa2.. “ku sandarkan semua kehidupan dan matiku padaMu Ya Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..”

22 February 2009


..di medan pena ruang bertempur..dilautan ilmu berlayar fikiran..diuji dengan dugaan..semangatmu tak pernah luntur..agar kejayaan dalam genggaman...