01 October 2009

“ SIFAT MUKMIN DAHULUKAN SAHABAT DARIPADA DIRINYA “


Assalamualaikum buat sahabat2 Kembara.. bersua lagi kita setelah sekian lama Kembara menyepikan diri dari melakarkan cetusan..baiklah..kali ini Kembara ingin berkongsi ngan sahabat2 sekalian tentang “ SIFAT MUKMIN DAHULUKAN SAHABAT DARIPADA DIRINYA “. Kisah kali ini Kembara ingin kongsikan bersama sahabat2..yang mana Kembara telah membacanya dalam HARAKAH hasil daripada Tok Guru kita..Jadi..jom kita sama2 merenungkan apa yang telah disampaikan oleh Tok Guru kali ini..

Islam amat menggalakkan agar hidup sentiasa bersahabat. Apabila berkawan ada tanggungjawab terhadap harta benda, iaitu harta benda kita terhadap sahabat dan begitu jua sebaliknya. Taraf persahabatan itu mempunyai 3 keadaan ..yang paling rendah ialah kawan kita umpama budak suruhan di bawah jagaan kita, apabila tidak selesai urusan kita baru diserahkan kpd mereka. Kedua, sahabat itu setaraf dgn kita, iaitu kita rela harta dikongsi bersama, sebaliknya dia pun demikian juga. Ketiga, peringkat paling tinggi iaitu “ iitsar “ mengutamakan orang lain, sebagaimana dijelaskan melalui firman Allah SWT yg bermaksud: “…Dan ,mereka mengutamakan ( org2 muhajirin ) atas diri mereka sendiri sekalipun diri mereka dalam kesusahan. Dan siapa yg dipelihara drpd kebakhilan dirinya, mereka itulah org2 yg beruntung. “ ( Surah Al-Hasyar sebah. ayat 9 )

Itulah sifat mulia yg ditunjukkan oleh kaum Ansar, terhadap saudaranya kaum Muhajirin yg berhijrah ke Madinah bersama Nabi Muhammad s.a.w . Sebelum menyempurnakan hajat diri sendiri, mereka lebih dahulu bertanya khabar kawannya kaun Muhajirin. Dikhuatiri ada perkara yg lebih mustahak berbanding dirinya sendiri. Seandainya dalam 3 kategori itu tiada satu pun dirinya termasuk di dalamnya, tidak pada peringkat kawan umpama org suruhan…Tidak juga peringkat yg kedua di mana sama taraf antara dirinya dan kawannya, jauh sekali di peringkat yg ketiga yg lebih mengutamakan sahabatnya daripada dirinya sendiri. Ketahuilah, bahawa kesimpulan persahabatan itu tidak wujud langsung pada diri dan jiwanya. Ertinya seseorang itu berkawan bertaraf kebetulan, disebabkan mereka berjiran dan berjumpa tanpa dijangka tanpa suatu ikatan setia yg terjalin antara mereka.

Berkawan tanpa ikatan pasti tiada rasa “ ukhuwah “ dan “ shuhbah “, sekadar tegur sapa seperti berjumpa di jalanan atau di pasar2. Dalam situasi demikian sudah pasti tiada tanggungjawab dan keprihatinan, antara sesama mereka. Sebagaimana seorang lelaki dan wanita dijalin dgn ikatan akad nikah sebagai suami isteri, yg membawa kpd pelbagai tanggungjawab. Justeru itu, sesama manusia mesti ada jalinan ikatan tertentu, seperti ikatan persahabatan dan ukhuwah supaya ada rasa tanggungjawab terhadap rakan karibnya. Orang yg tiada ikatan ukhuwah (‘aqdul ukhuwah) antara mereka, sesamanya akan mudah terjerumus ke lembah persengketaan dan perbalahan. Seorg alim bernama Maimun bin Mahran berkata: “ sesiapa berkawan tetapi tidak ambil peduli tentang melebih dan beri tumpuan kpd kawannya, situasi begitu umpama berkawan dgn jenazah. “ Sudah tahu rakannya dilanda kesusahan, sedangkan dia mampu menolongnya. Namun tetap tidak membantunya malah mengutamakan diri sendiri.

Ketika itu tiada bezanya antara berkawan dgn org hidup atau mayat. Sebagaimana firman Allah SWT yg bermaksud: …sedang urusan sesame mrk ( diputuskan ) dgn mesyuarat antara mrk; dan mrk menafkahkan sebahagian rezeki yg Kami berikan kpd mrk.” (Surah Asy-Syura sebahagian ayat 38). Sifat kedua ialah sanggup membelanjakan harta kekayaan, untuk urusan ummah dan agama. Sesetengah manusia rajin bermesyuarat, malangnya kedekut menafkahkan harta benda , sesuai perkara yang dicapai bersama oleh keputusan mesyuarat.
“ Menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kpd mereka .” Ialah bergaul dan berkepentingan bersama, antara mereka daripada setengahnya.

Meskipun pada hakikatnya ia milik orang tertentu, namun ia boleh dimanfaatkan bersama dlm urusan yang diredhai Allah SWT. Situasi tersebut terjadi krn ada ikatan persahabatan yang terjalin antara mereka. Alangkah sukarnye untk sampai ke tahap situasi demikian. Mmg begitulah hakikat bhw syurga itu suatu yg amat istimewa, amat sukar untk dicapainya. Tiada pilihan bg sesorg di Mahsyar kelak, melainkan mesti meniti titian halus ‘ Sirotol Mustaqim’, di permukaan neraka yang dahsyat itu.

Jika dalam keadaan menerima rahmat Allah SWT, atas keimanan dan ketaatan, selamatlah dia sampai ke syurga. Sebagaimana ditegaskan olh firman Allah SWT yg bermaksud : “ Dan tidak ada sorgpun daripadamu melainkan mendatangi neraka itu. Hal itu bagi Tuhanmu adalah suatu kemestian yang sudah ditetapkan”
“ kemudian kami akn menyelamatkan org2 yang bertqwa dan membiarkan org2 zalim dlm neraka dlam keadaan yang berlutut ” ( surah Maryam ayt: 71-72 ) Begitulah sukarnay untk ke syurga yg dijanjikan Tuhan, sebagaimana hndk mendapatkan pahala di dunia ini msti melalui ksukaran juga…. Org zalim dan kafir hanya bermimpi untuk masuk syurga, krn tmptnya di neraka tlh ditentukan olh Allah SWT, seperti dinyatakan dlm ayt 72 surah Maryam itu..
Sebelum Kembara mengundur diri..marilah sama2 kita mengambil pengajaran dengan apa yg telah disampaikan oleh Tok Guru..Kembara tertarik dgn artikel yg disampaikan oleh beliau dan ingin berkongsi dgn sahabat2 sekalian..almaklumlah..mauidzah Tok Guru ni hanya terdapat dlm akhbar Harakah sahaja..jd Kembara dpt mengagak bahawa xsemua yg mmbacanya..jadi..jom sama2 kita renung2kan apa yg beliau sampaikan...selamat membaca...

0 ulasan: